Kitaran Team Building 2024 (Sungkai)
Pada 19 Oktober 2024, Kitaran Recovery Sdn Bhd telah mengadakan “Kitaran Team Building” bertempat di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Seramai 59 orang pekerja telah melibatkan diri. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyatukan lagi semangat kerjasama dan saling bantu membantu dalam diri setiap pekerja. Untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik, setiap pekerja juga perlu dalam keadaan yang baik. Semoga dengan adanya Team Building ini, setiap pekerja dapat meningkatkan kualiti kerja dan sentiasa bersemangat untuk bekerja. Diharapkan agar Kitaran Recovery terus maju jaya dan dapat mewujudkan suasana kerja yang positif.